Medic Gone Mad

Tuesday, December 30, 2008

Inikah Cara Hidup Sebagai Seorang Pelajar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, mungkin ini adalah kali pertama saya menulis entri di dalam blog saya ini di dalam bahasa Melayu.Walau apa sekalipun, saya berharap mesej yang disampaikan dapat kita sama-sama renungkan.Saya juga hamba biasa.Saya juga manusia.Saya juga tidak berhenti melakukan kesilapan.Tapi kita boleh mengubah diri kita, InsyaAllah.

Sepanjang hidup saya sebagai seorang pelajar, bermacam-macam jenis perangai ragam manusia yang saya lihat.

Antara situasi-situasinya seperti berikut:

Situasi 1

Sedang seorang hamba Allah ini(X) belajar di satu tempat umum, dia dirapati oleh seorang lagi hamba Allah(Y)
X=sedang belajar
Y= menghampiri X dan berkata "waaa...rajin gile ko ni...lama btol ko lepak kat sini..gile ahh"



Situasi 2

Sedang hangatnya perbincangan mengenai salah satu topik, si X pun menerangkan secara terperinci apa yang diketahuinya kepada yang hadir,tiba-tiba si Y pon berkata "perghh..hebat siot ko..sume ko tau...mantap ahhh"

Situasi 3

Sedang X mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dengan membuat rujukan semampu yang boleh, dia dihampiri oleh Y seraya berkata "gile..awal gile ko study..rileks aahhh...ko study mcm esok nak exam je"

Situasi 4

X sedang menyiapkan kerja yang sepatunya dia lakukan seperti menyiapkan tutorial dan sebagainya.Sedang X membuat kerjanya, dia tidak berapa faham dengan salah satu soalan,masalah etc, kemudian bertanya dengan Y yang kebetulan berada dekat di situ.
X bertanya "weyh..ko tau tak camner nak jawab soalan ni,aku tak faham sangat pon?"
Y pula dengan nada sinis mejawab "alaa...aku tak buat pon tutorial tuh..aku bukan cemerlang macam ko"

Situasi 5

X ditanya oleh seseorang dalam diskusi kumpulan, dan X mejawab setakat dia tahu.Selesainya diskusi kumpulan itu, Y menyapa X sambil berkata "wow...hebat btol ko dpt jawab semua soalan tuh yang dia tanya..mcm mana ko bole tau ahh??"

Situasi 6

X sedang membuat notanya.Y secara tiba-tiba menyapa sambil menepuk bahu X dari belakang sambil berkata "rajin gile ko bwat notes..."

Situasi 7

X sedang membaca buku tambahan sebagai pelengkap kepada nota-nota yang diberikan.X bertanya kepada Y apakah buku yang dibaca yang dirasakan mungkin lebih baik dari apa yang X sedang baca.Y pula mejawab " ntah aku tatau laaa...aku tak baca sngt la buku2 ni ..org2 mantap je baca buku ni...aku bukan rajin macam ko"

Situasi 8

X sedang bercuti dan mengisi masanya dengan membaca dan melakukan perkara-perkara berfaedah yang dirasakan dapat membantu dirinya pada masa hadapan.Secara kebetulan, Y pula berada di situ dan meberikan komennya yang tidak diundang oleh sesiapa.Berkata Y "perghhh...ko ni kan..time cuti pon takkan tannak rileks kot...rileks arr...pelik siot ko...hahaha"

Situasi 9

Keputusan peperiksaan baru saja keluar.Si X pun melihat keputusannya dan berasa bersyukur kerana mendapat keputusan yang diinginkan.Si X pun bertanya kepada Y keputusannya, Y pun mejawab diikuti oleh sekali lagi komen yang tidak diundang dari mulut Y "fuyyyoooo...mantap gile...camner ko bole dpt camtu ahh...ko mkn apa dpt camtu?"

Persoalannya..

- tiada apa yang boleh dikecapi tanpa usaha,tiada apa yang boleh diketahui tanpa pembelajaran
-tiada manusia yang dilahirkan dengan ilmu selengkapnya,ianya harus dipelajari
-tiada manusia dilahirkan hebat, kehebatan harus dicari dan dibentuk, apakah Tuhan itu adil untuk mencipta hanya beberapa yang terpilih untuk mejadi hebat? Kehebatan masing2 berbeza dalam berbagai segi.
-bukan semua manusia dapat mencapai sesuatu dengan takat usaha yang sama.ada yang memerlukan usaha lebih untuk mencapai tahap yang diinginkan, ada yang perlu berusaha sedikit sahaja untuk mencapainya.usaha dan matlamat masing2 berbeza.
-bukan apa yang kita tahu semuanya orang lain akan tahu dan bukan semua yang diketahui orang lain kita tahu.disinilah pentingnya mempelajari apa yg diketahui diantara satu sama lain.


Sekian,wassalam